
Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia
(spot gold + exchange rate bank + untung bank).
Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.
Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.
Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM3) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM3.
hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:
Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram

Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram

Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!
Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008…
(kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka
anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!
Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27

Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!
Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00
(RM10.28 x 300 gram = RM3084)
Kalah dividen setahun ASB betul tak?


Jika anda nak tahu harga semasa Gold Investment Account Public Bank
klik sini: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
Kebaikan:
1. Takder masalah stok abis. Mudah dibeli dan dijual balik kat bank.
2. Public Bank ada di seluruh Malaysia, so anda mudah nak pergi beli
3. Kos membuka akaun yang rendah (cuma beli 20 gram permulaan)
4. Dalam jangkamasa panjang emas akan naik harga, so cepat atau lambat anda tetap akan untung.
Kelemahan:
1. Kena pandai baca timing, bila nak beli dan bila nak jual. Anda kena peka terhadap tinggi rendah harga emas bulanan dan tahunan. Once anda dah mahir timing.. hehehe.. anda akan kaya (err.. tengok modal jugak lah..)
Ok, itu sahaja untuk part 1.
Diharap anda bersabar menunggu artikel part 2: Keuntungan lumayan melalui trading emas. Tekniknya lebih sofistikated.
Ok then, selamat berpuasa. Hari raya dah dekat

Jadi disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Terima kasih atas sokongan anda.
p/s: Jika anda suka membaca artikel blog jutawanemas.com ini, harap dapat subscribe newsletter jutawanemas.com anda akan menjadi orang pertama mendapat update dari blog ini.
No comments:
Post a Comment